Khamis, 2 Ogos 2012

Rumah Seri Kenangan Cheng, KM. 12, Jalan Cheng Baru, 75250 Melaka

Teringat masa sekolah menengah  ketika mengikuti lawatan amal ke Rumah Seri Kenangan di Cheng, Melaka.
Setiba di sana, terasa sedih.. melihat warga tua yang murung.. termenung.. ada juga yang menangis.. malahan ada yang tidak mahu bertemu sesiapa. Kami mengerti kesedihan yang ditanggung oleh ibu-ibu dan ayah-ayah disana..   Sampai hati seorang anak membiarkan ibu bapa mereka di rumah penjagaan orang-orang tua.. Memanglah rumah tersebut untuk menjaga kebajikan orang-orang tua.. Tapi bukankah menjadi tanggungjawab seorang anak untuk menjaga ibubapanya sampai akhir hayat mereka?? Itulah yang namenye ANAK...  Ibubapa boleh menjaga  anak-anak sampai 5-12 orang.. mungkin lebih.. tapi anak-anak? nak jaga ibu bapa yang satu tu pun SEKSA.. Masyaallah.. tidakkah mereka ingat jasa ibubapa mereka membela dan menatang mereka bagai minyak yang penuh.. seawal kelahiran disambut dengan airmata kebahagiaan., membesar dengan keperluan , didikan dan kasih sayang yang cukup .. tapi,, pabila anak itu dewasa.. ibubapa yang uzur diabaikan...  Ya Allah kau berikanlah ketenangan hati dan keredhaan dalam diri "Ibu dan Bapa" di Rumah Seri Kenangan Cheng.. dan juga di semua Rumah kebajikan di seluruh Malaysia.. Amin.. 




Terdapat 9 buah Rumah Seri Kenangan di seluruh negara, antaranya ialah seperti berikut:
1. Rumah Seri Kenangan Bedong, Kedah.

2. Rumah Seri Kenangan Taiping, Perak.
3. Rumah Seri Kenangan Tanjung Rambutan, Perak.
4. Rumah Seri Kenangan Cheras, Selangor.
5. Rumah Seri Kenangan Seremban, Negeri Sembilan.
6. Rumah Seri Kenangan Cheng, Melaka.
7. Rumah Seri Kenangan Taman Kemumin, Kelantan.
8. Rumah Seri Kenangan Johor Bahru, Johor.
9. Rumah Seri Kenangan Kangar, Perlis.
Beberapa kriteria digariskan kepada mereka yang layak memasuki Rumah Seri Kenangan, antaranya:
  • Daif dan berumur lebih daripada 60 tahun.
  • Tidak mengidap penyakit berjangkit.
  • Tidak mempunyai sanak saudara.
  • Tidak mempunyai tempat tinggal tetap.
  • Berupaya menjaga diri sendiri.
  • Atas perintah mahkamah:
    • Orang papa ( pengemis ) dan kuturayau untuk tahan sementara dan siasatan.
    • Dalam perjalanan sebelum dipindahkan ke Pusat Pemulihan Pengemis.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sudi bace, sudilah komen ye .. Syukran :)