Rabu, 30 September 2015

RESEPI SPIRAL PASTA VILLAGE STYLE

BAHAN-BAHAN

Spiral Pasta  (terpulang nak pakai jenama apa)
Bebola Ikan (brand Mushroom)
Air (untuk rebus spiral)
Olive oil (sedikit sahaja)
Garam (secubit)
Daging cincang
Cili padi (dihiris)
Bawang putih (dihiris)
Bawang Merah (dihiris)
Cili boh (3 sudu)
Sos cili thai (4 sudu)
Serbuk lada hitam (sedikit sahaja)
daun bawang (untuk hiasan)

CARA-CARANYA

1. First of all baca bismillah kak tipah oi... then baru proceed hihi. Mula-mula kita rebus spiral pasta dalam air yang telah mendidih, masukkan spiral kemudian masukkan sedikit sahaja olive oil dan secubit garam bagi menambah rasa pada pasta. Tunggu sehingga spiral masak sepenuhnya dan lembut. Setelah spiral masak, toskan.Ketepikan.

2. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau. Masukkan cili boh. Tumis lagi sehingga pecah minyak kemudian masukkan daging cincang, bebola ikan dan sos chili thai. Sedikit garam untuk seimbangkan rasa.

3. Masukkan spiral pasta kemudian gaul sebati dengan bahan tumis.
4. Taburkan sedikit lada hitam dan cili padi yang telah dihiris untuk rasa pedas.
5. Akhir sekali masukkan hirisan daun bawang sebagai hiasan dan penambah aroma.

tadaaaaaaa! siap dah SPIRAL PASTA VILLAGE STYLE !! senang dan cepat untuk disediakan. bahan-bahan nya juga simple dan mudah didapati.
Selamat mencuba gaiss ..


_D H I Y A A Z M A N _





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sudi bace, sudilah komen ye .. Syukran :)