Sabtu, 9 Februari 2013

My Resipi :: Kek Kukus Coklat Comot Comel :)

Assalamualaikum w.b.t tuan-tuan, puan-puan, makcik-makcik, kakak-kakak dan adik-adik sekalian..
hah! entri kali ni D nak berkongsi resepi mudah ringkas and yummy!

Kali ini kite comot2 cket kt dapur ye... kite buat Cake Kukus Chocolate.. :) suke tak suke takk.. heee

*Bahan2*

1 cawan teh MINYAK MASAK / MARJERIN.
1 cawan teh SUSU PEKAT MANIS (jenama ikut minat)
1 cawan teh SUSU CAIR...
1 cawan teh GULA PASIR (jika uolls xsuke manis sgt just put half cup sahaja ok)
3/4 biji TELUR
1 cawan serbuk KOKO/MILO..
1 cawan TEPUNG GANDUM..
1 camca teh SODA BIKARBONAT.

*Cara2nye*

1) Campurkan semua bahan satu persatu dan gaul sebati.

2) Sediakan tempat kukusan.Tunggu sehingga air kukusan mendidih.

3) Setelah air kukusan mendidih, sapu sedikit marjerin dipermukaan loyang, dan tabur sedikit tepung gandum supaya kek tidak melekat pada loyang... Then, masukkan bahan2 yang telah dicampurkan tadi kedalamnya.. Goyang2 sedikit loyang tu supaya adunan rata dan cantik.. :) (ukuran loyang ikut minat tapi bersesuaian dengan  kuantiti bahan adunan.)

4) Letakkan loyang kedalam tempat kukus dan kukus selama 40-50minit.

5) Jika kek sudah naik, cuba cucuk menggunakan fork, try tengok ada tepung mlekat ke x..
Kalau xde tepung melekat maknenye kek anda sudah masak ye cik puan! haa... check betul2... :)

6) kalau anda yakin kek itu sudah masak, dah bolehlah padam apinye ye..

*bahan2 Topping*

1 cawan teh serbuk KOKO/MILO.
1 cawan teh SUSU PEKAT MANIS.
SEDIKIT GULA PASIR
Chocolate Rice/watever yang anda suke.
3/4 cawan teh MARJERIN yang telah dicairkan.

*cara2*

1) Gaul sebati semua bahan diatas kecuali Chocolate Rice.

2) Then panaskan dengan teknik 2 boiler. (Panaskan didalam air yang mendidih)

3) Kacau adunan topping tadi sehingga berkilat.

4) Curahkan keatas kek anda tadi.... :)

5) Kukuskan semula kek anda dalam 1/2 minit untuk topping tadi menyerap sedikit kedalam kek.

6) Lastly, ratakan chocolate topping tadi supaya nampak cantik.. n then hiaskan dengan chocolate rice..

7) In chiller please :)  supaye chocolate topping mengeras barulah cantik bila dihidang..

Selamat Mencube! ^_^ 


Yang ni DB punye kek yang ta cantik tuh.. tapi sedap! hehee (perasan)


eeee malunyeee ^_^
Assalamualaikum....... 
~DhiyaBerry~



1 ulasan:

Sudi bace, sudilah komen ye .. Syukran :)