Assalamualaikum w.b.t..
apakah yang anda sedang lakukan sekarang?
adakah sedang merancang masa depan atau masih dibelenggu masa lalu yang kelam?
Jangan begitu.... itu semua akan membuat diri anda berasa resah , kecewa dan hampa...
Setiap insan pasti mempunyai masa lalu,
kerana tanpa masa lalu maka tidak akan adalah masa sekarang dan masa depan!
Mengingati masa lalu yang gagal,
dan menghadirkan kembali dalam kehidupan kita adalah TIDAK PERLU.
Kerana ianya akan menyebabkan kita bersedih diatas kedukaan dan kegagalan masa lalu kita.
Hal itu akan menyebabkan kita terbelenggu. Terhimpit dan takut untuk menghadapi masa depan.
Itu bererti kita membunuh semangat, harapan dan menghalangi diri kita untuk menjalani kehidupan seadanya.
Seharusnya kita melipat masa lalu itu dan tidak perlu diingat lagi.
Pahatkan pada hati dan fikiran bahawa kegagalan masa lalu kita itu hanya sebahagian dari masa lalu,
dan ianya telah berakhir.
Janganlah kita setia hidup bermimpikan mimpi2 buruk masa lalu,
atau berdiri diatas bayang2 kesedihan dan kekesalan masa lalu.. Hentikanlah semua itu.
Kembali menghadap kehadapan kerana ada lubang cahaya baru menanti dihadapan.
"Angin akan terus berhembus kehadapan, air juga mengalir kehadapan, setiap khalifah jua berjalan kehadapan."
Oleh itu, janganlah kita menyalahi sunnah kehidupan.
Keluarlah dari kepompong silam itu, bangkitlah menjadi insan yang baru!
Sekian~
Dhiya Berry
Assalamualaikum.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sudi bace, sudilah komen ye .. Syukran :)