Selasa, 7 Julai 2015

RESEPI M&m COOKIES

CHEF DHIYA’S KITCHEN






RESEPI :

BAHAN-BAHAN YANG DIAYAK

3 ¼ CAWAN TEPUNG GANDUM
½ SUDU KECIL SODA BIKARBONAT
2 SUDU BESAR SUSU TEPUNG
SECUBIT GARAM


BAHAN-BAHAN LAIN

250 GM MENTEGA – SUHU BILIK. 250 gram (ni kira sebuku buttercup yg kecil je tu okay.. )
150 GULA CASTOR
½ SUDU KECIL ASEN VANILLA,
1 BIJI KUNING TELUR.  (Kuning only ye gaiss)
1 CAWAN CHOC CHIPS (optional)
CHOC M&M UNTUK DECORATION

CARA-CARANYA :

1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang setaman. haha
2. Kemudian masukkan kuning telur dan pukul lagi sehingga rata.
3. Masukkan bahan-bahan yang diayak dan kacau sehingga sebati menggunakan spatula/senduk/tangan uols yang sado nau nau tuu pon boleee..
4. Masukkan choc chips.
5.  Sudukan atau bentukkan adunan ke atas dulang pembakar yang sudah digris dengan sedikit butter. Kalau nak alas kertas minyak pun boleh.
6. Hiaskan adunan secomel tuannya. Put the M&m choc as topping. Jarakkan adunan kerana adunan akan mengembang bila dibakar.
7. Panaskan oven sebentar, dalam 5 minit.
8. Bakar adunan pada suhu 160’C selama 15-25 minit depends pada ketebalan adunan anda. Gunakan api atas dan bawah.
9. Apabila cookies dah mengeluarkan aroma yang menusuk kalbu itu tandanya dah masak, tunggu sehingga warnanya keperangan sedikit kemudian DONE!!
10. Sejukkan dahulu cookies sepenuhnya sebelum dimasukkan kedalam bekas kedap udara.
Selamat mencuba !


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sudi bace, sudilah komen ye .. Syukran :)