Khamis, 9 Julai 2015

RESEPI RED VELVET COOKIES

CHEF DHIYA’S KITCHEN



RESEPI :

BAHAN-BAHAN YANG DIAYAK

3 ¼ CAWAN TEPUNG GANDUM
½ SUDU KECIL SODA BIKARBONAT
SECUBIT GARAM
25 GM SERBUK KOKO

BAHAN-BAHAN LAIN

250 GM MENTEGA – SUHU BILIK. 250 gram (sebuku buttercup yg kecil je enough )
150 GULA CASTOR
½ SUDU KECIL ESEN VANILLA,
1 SUDU KECIL PEWARNA MERAH (BRIGHT RED)
1 BIJI KUNING TELUR.  (Kuning only)
1 CAWAN CHOC CHIPS (untuk digaul bersama doh)
CHOC CHIPS (untuk hiasan topping)

CARA-CARANYA :
1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang .
2. Kemudian masukkan kuning telur dan pewarna merah pukul lagi sehingga rata.
3. Masukkan bahan-bahan yang diayak dan kacau sehingga sebati menggunakan spatula/senduk/tangan.
4. Masukkan choc chips. Gaul rata.
5.  Sudukan atau bentukkan adunan ke atas dulang pembakar yang sudah digris dengan sedikit butter. Kalau nak alas kertas minyak pun boleh.
6. Hiaskan adunan secomel yang mungkin dan letak choc chips diatasnya. Jarakkan adunan kerana adunan akan mengembang bila dibakar.
7. Panaskan oven sebentar, dalam 5 minit.
8. Bakar adunan pada suhu 160’C selama 15-25 minit depends pada ketebalan adunan anda. Gunakan api atas dan bawah.
9. Apabila cookies dah mengeluarkan bau wangi dan kemudian tidak melekat pada dulang pembakar that’s mean dah masak letu hihi… senangkan??
10. Sejukkan dahulu cookies sepenuhnya sebelum dimasukkan kedalam bekas kedap udara.
Selamat mencuba !



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sudi bace, sudilah komen ye .. Syukran :)