Isnin, 20 Oktober 2014

Tiga Tahun

Tiga tahun.
Aku disini mencari ilmu.
Di jalan jihad ini.
Di jalan redha Mu,
Hasil titik peluh ayahku.
Segulung diploma bakal aku hadiahkan.
Terima kasih ayah atas pengorbanan mu, terima kasih mak atas doa mu.

Tiga tahun,
Aku disini,
Tidak kan ku lupa setiap jalan yang ku pijak, 
Setiap pintu yang ku lalui,
Setiap udara yang kuhirup.
Bakal menjadi kenangan.

Tiga tahun,
Aku mengenal pelbagai ragam manusia,
Mengajar aku erti kehidupan.
Tidak akan ku lupa wajah tiap satunya. 
Semoga kalian semuanya berjaya dunia akhirat.

Tiga tahun, 
Ilmu kuterima dari guru yang pelbagai.
Semoga Allah balas segala jasa,
Ku pohon halal segala-galanya.

Tiga tahun ini, 
Bakal mengubah hidup ku.
Kemana haluan aku selepas ini?
Hanya Dia Maha Mengetahui.
Yang pasti setiap perjalanan hidup,
Sudah tersurat dari Lauhul Mahfuz.
Kita hanya berserah 
memohon petunjuk dariNya. 

Semoga aku jadi anak yang mampu membalas jasa kedua ibu bapa ku.
Semoga aku mampu menjadi seorang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. 
Semoga segala cita-citaku tercapai tergenggam kemas didalam tangan.
Semoga semuanya Allah redha. 
Semoga semuanya Allah bantu.

Rabbi Yassir Wala'Tu'Assir.
Rabbi thommim Bil Khoir. 

SalamSayang,
DhiyaBerry 💁🍓



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sudi bace, sudilah komen ye .. Syukran :)