Khamis, 16 Oktober 2014

Hari ini cuma SEKALI

Hari ini kita mungkin menyampah nak pergi ke tempat yang kita selalu pergi.

Hari ini kita mungkin menyampah nak tengok muka orang yang setiap hari kita tengok.

Hari ini kita mungkin dah jemu nak buat benda yang kita selalu buat, 

Sampai kan satu saat kita jadi mengeluh. 

Sampai kita jadi benci. 

Tapi pernah tak kita fikir,

Satu hari nanti aku takkan pergi lagi ke tempat ni, 

Satu hari nanti aku takkan dapat tengok lagi muka orang ni,

Satu hari nanti aku dah xkan dapat lagi buat semua benda yang aku buat hari ni.

Masa akan terus berjalan. 

Dan yang dah lepas takkan berulang lagi.

 Jadi, hargai setiap apa yang kita lalui hari demi hari. 

Kerana hari ini, cuma sekali.

Regards,
DhiyaBerry 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sudi bace, sudilah komen ye .. Syukran :)