Jumaat, 31 Julai 2015

Pengalaman Belajar Memandu dan Ujian JPJ

Assalamualaikum w.b.t..
whoaaaa long time no story..... Pertama sekali D nak ucapkan ribuan terima kasih kepada sesiapa yang sudi singgah di blog D ni...

Hah! Hari ini bertarikh 31 Julai, 2015 D nak kongsikan pengalaman paling penting dan berharga dalam hidup D. Iaitu pengalaman menjalani latihan memandu sehinggalah D berjaya melepasi Ujian JPJ untuk Lesen Memandu Kelas D Manual.

Pertama sekali ofkos la korang kena daftar sebelum menjalani latihan memandu. So pilih la pusat latihan memandu yang paling femes kat tempat korang. Bukan ape, selalunya yang femes ni bagus perkhidmatannya. D orang Melaka so pusat latihan memandu yang paling nearest n paling femes ialah di PUSAT MEMANDU DETIK ERAT SDN.BHD. Cikgu memandu D ialah PAKMAT... beryurankan RM1060.00 (termasuk GST) maka bermulalah episod D belajar memandu. ahaks!

Haaa pas daftar korang akan dapat tarikh untuk KULIAH. Kalau tak silap D kuliah tu selama 8 jam. (dah lupe hihi) tapi memang laamaaaaaaa! mengantok gila. Kuliah tu berjalan sehari je dari pagi sampai petang. Nanti korang akan diajar teori memandu mengikut silibus dalam buku teks Kurikulum Pendidikan Memandu yang korang dapat masa daftar. So selamat berkuliah! hahha

okay selepas kuliah korang akan pilih tarikh untuk menjalani UJIAN KOMPUTER (undang2). Haaaa untuk lulus dengan jayanya ujian komputer ni korang kena kuar duit sikitlah untuk beli buku latihan berharga RM5.00. Dalam buku tu siap full set soalan yang bakal keluar beserta pilihan jawapan. so korang tayah baca buku teks tebal2 macam tilam tu lagi, buat pening je. haha. Trust me okay. D buat latihan dalam tu pastu hafal je. Time exam hampir semua soalan dalam buku keluar dan i can answer it easily! haha alhamdulillah berkat usaha tu D dapat la markah 49/50 dalam masa tak sampai 10 minit. terkejut abang kat pusat ujian tu. haha.

Okay selepas korang lulus ujian komputer dengan maju dan jayanya maka korang dah berjaya dapatkan lesen L. Nanti pergi kaunter bagi result ujian komputer dan juga gambar passport untuk proceed. Yeahhh!! dah ada lesen L baru korang boleh buat latihan memandu. bincang dengan cikgu korang nak buat latihan hari apa, pukul berapa.

D masa first day pakmat ambil di rumah untuk latihan memandu. Ade ke patut Pakmat suruh D drive masa tu. D punyalah terkejut sebab tak pernah kot memandu.. IMPOSSIBLE. tapi pakmat rilek je cakap "takpe bawak je slow2 mesti boleh punya".... so D pun dengan redha mula memandu dengan tergigil-gigil dalam kawasan kampung. HOH! Not bad.. best gilaa tau,, Hello orang kampung i olls bawak kereta yuhuuuuuuu ...

Latihan demi latihan. sehinggalah part latihan di litar. OMG paling neves la,.. mula-mula section BUKIT. Kat bukit paling best sebab masa latihan tak pernah failed. hahaha. Makesure kereta korang tak berundur... good luck! Section kedua ialah PARKING SISI. Time belajar parking ni D rasa nak menangis. sebab rasa macam susah sangat nak masuk kan kereta tu dalam parking. Dahla banyak step nak kena putar stering putar putar putar.. arghhhh ! stress mase tu balik rumah terus menangis. Tapi lepas menangis D cuba imagine step by step hafal sikit2. Then, latihan esok tu D cuba buat sampai boleh., and finally its work! sebenarnya takdelah susah mana. cuma jangan cepat giveup..
Next section is PARKING 3 PENJURU. haaa yang ni senang je........ masuk parking elok-elok jangan sampai langgar tebing udahla ye.... signal pun jangan lupa.... Next section plak S COURSE. yang ni pun senang. kita kena berhati-hati kawal stering dan juga penggunaan gear yang betul. Jangan langgar tebing ye adik-adik. Failed terus kalau langgar. Last section ialah Z COURSE. Haaa yang ni boleh tahan susah. untuk memastikan kereta lepas melalui selekoh Z tanpa terlanggar tebing SANGAT perlu berhati-hati dengan kawalan stering.

LATIHAN JALANRAYA. bagi D senang je. janji kita patuhi undang-undang jalanraya yang kita dah belajar. Paling susah pun maybe dekat roundabout la kena berhati-hati lebih sikit. yang lain as long kita  patuhi had laju and kawal kereta dengan baik serta penggunaan gear yang betul inshaAllah semuanya smooth je. Awas jangan langgar double line, single line dan juga LEMBU. hahahaha

Lepas habis jam kredit latihan korang akan menjalani ujian PRA. PRA ni lebih kurang macam ujian JPJ nanti tapi ujian ni dijalankan dengan pantauan cikgu serta pegawai penilai dari pusat latihan memandu sahaja.

Maka hari raya pun tiba,... haha. , eh betullah masa tu raya tau. D dah habis latihan cuma tunggu tarikh untuk ujian JPJ je.

29/7/2015 bersamaan hari RABU. hari yang sangat mendebarkan, HARI UJIAN JPJ. D dapat no giliran ke 27 daripada 54 orang. Phewwww nasib baik antara orang terawal juga. Ujian di mulakan dengan RPK. Setiap calon perlu membuat RPK iaitu Rutin Pemeriksaan Kereta untuk memperoleh markah. Selepas itu Ujian Bahagian II iaitu LITAR. Seorang demi seorang peserta melepasi ujian BUKIT dengan jayanya. ada juga yang kecundang berundur keretanya, tiba giliran D , kat mulut tak henti-henti selawat supaya hilang neves. Namun percubaan pertama gagal dimana kereta itu berhenti sebelum garisan kuning!!! hhaahahaah adoi... excited nau sampai brek awal sangat. Nasib baik untuk bahagian bukit ada second chance. undur balik and buat semula alhamdulillah lepas jugak... Dekat section parking sisi pun D lepas dengan berpeluh di dahi tanda nerves hahahahah. Seterusnya section Parking 3 penjuru dan juga S COURSE pun lepas jugak alhamdulillah... haaa section last ni paling nerveous...... Z COURSE. D pelik betul time buat latihan rasa macam susah, tapi masa ujian rasa mudah je. alhamdulillah . Selepas letak semula kereta di parking, D lulus bahagian II. Syukur,,..

Menunggu giliran untuk Ujian bahagian III iaitu jalanraya,

Alhamdulillah dapat tester Perempuan. So kurang la nerveous tu. hihi,. Masa masuk kereta pegawai JPJ tu diam je,,, garangla kot. D mulakan dengan bismillah then buat RSM , CITO dan mulakan perjalanan. Ujian jalanraya dijalani dengan sunyi sepi dalam kereta tersebut sehinggalah Pegawai JPJ tu bersuara "eh banyaknya pokok petai" .. terkejut D masa tu. hahahahahah D pun sembang la dengan dia pasal petai. sembang punya sembang rupanya dah nak sampai ke kotak parking dah,, hahahaha kan D cakap kalau ujian bahagian III ni selagi kita tak langgar undang-undang jalanraya inshaAllah boleh lulus dengan mudahnya. Yang penting jangan nervous.


dan akhirnya keluar kereta dengan status LULUS dengan jayanya.

Alhamdulillah D dah capai salah satu LIFE GOALS D iaitu mempunyai lesen memandu Kelas D Manual. D dah buktikan kat diri D mampu buat macam orang lain.

Berkat doa mak ayah dan juga support dari kawan-kawan D lulus ujian memandu, Terima Kasih tak terhingga juga kepada Encik Tunang yang jauh nun di Kuching Sarawak sana yang sentiasa bagi dorongan dan kata-kata semangat untuk D, terima kasih juga untuk cikgu D iaitu PAKMAT yang mencurahkan ilmu tak jemu-jemu... halalkan ilmu ini untuk saya,,, Terima kasih semuanya.

TIPS :: Sebelum ujian banyakkan selawat. Doa supaya dapat tester yang baik hati,


GOODLUCK UNTUK SESIAPA SAHAJA YANG BAKAL MENJALANI UJIAN JPJ... KITA BOLEH!!!

Love,
Dhiya Berry

8 ulasan:

  1. Smangat nk amik lesen D pasni...huhuhu

    BalasPadam
  2. Smangat nk amik lesen D pasni...huhuhu

    BalasPadam
  3. Penambahan info bermanfaat: https://www.lookp.com/malaysia/driving-school

    Cari sekolah memandu terbaik di Malaysia di atas

    BalasPadam
  4. haha tergelak baca blog sis,sy baru mula kpp3 hjung mnggu ni harap2 dpermudahkan ilmu tu masuk dalam otak hahahah,btw sy suka baca blog sis ni😊😊😊😊

    BalasPadam
  5. haha tergelak baca blog sis,sy baru mula kpp3 hjung mnggu ni harap2 dpermudahkan ilmu tu masuk dalam otak hahahah,btw sy suka baca blog sis ni😊😊😊😊

    BalasPadam
  6. haha tergelak baca blog sis,sy baru mula kpp3 hjung mnggu ni harap2 dpermudahkan ilmu tu masuk dalam otak hahahah,btw sy suka baca blog sis ni😊😊😊😊

    BalasPadam
  7. haha tergelak baca blog sis,sy baru mula kpp3 hjung mnggu ni harap2 dpermudahkan ilmu tu masuk dalam otak hahahah,btw sy suka baca blog sis ni😊😊😊😊

    BalasPadam
  8. haha tergelak baca blog sis,sy baru mula kpp3 hjung mnggu ni harap2 dpermudahkan ilmu tu masuk dalam otak hahahah,btw sy suka baca blog sis ni😊😊😊😊

    BalasPadam

Sudi bace, sudilah komen ye .. Syukran :)