Riwayat Hidup
Srikandi Islam : Zinnirah
Disini anna ingin berkongsi satu kisah wanita yang memperjuangkan islam walaupun terpaksa menggadai nyawanya.. iaitu Zinnirah....
Sejak itu dia dijual
sebagai hamba dan sering bertukar tangan. Sepanjang menjadi hamba abdi,
Zinnirah dilayan dengan kasar dan adakalanya diperlakukan seperti binatang oleh
tuannya. Suatu hari Zinnirah berkenalan dengan seorang hamba yang senasib
dengannya. Perkenalan itu akhirnya membawa Nur Islam dalam diri Zinnirah kerana
hamba itu menerangkan ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah. Penerangan yang
tulus itu membuka hati Zinnirah untuk memeluk Islam. Namun, dia terpaksa melakukan
ibadat secara rahsia kerana tuannya memusuhi Islam.
Nasibnya
lebih malang apabila dia bertukar tangan kepada bangsawan Quraisy
yang sangat berpengaruh masa itu, Umar Al-Khattab. Ketika itu, Umar belum
memeluk Islam dan juga tidak mengetahui keIslaman Zinnirah. Umar yang sangat
memusuhi Rasulullah terkenal dengan bengis dan kasarnya sehingga digeruni, baik
lawan maupun kawan.
Akhirnya, Umar mengetahui
mengenai keIslaman Zinnirah apabila suatu hari dia mendengar gadis itu membaca
al-Quran. Ini menimbulkan kemarahan Umar yang mahu menghukumnya dengan siksaan
berat.
“Tahukah kamu apa hukuman
yang layak untukmu?” Tanya Umar keras dengan wajah bak singa sambil mengheret
Zinnirah ke tengah padang pasir. Di situ, Umar mengikat kaki dan
tangan Zinnirah dan menjemurnya di tengah panas terik. “Inilah caranya supaya
kamu insaf,” katanya lalu meninggalkan Zinnirah di situ. Walaupun mukanya perit
dipanah matahari dan kehausan, Zinnirah tabah menghadapi penderitaan itu sambil
mulutnya tidak berhenti membisikkan Allah.. Allah…Apabila melihat hamba abdinya
belum insaf, Umar menyeretnya ke pinggir kota dan mengikatnya di tiang.
Dia menyuruh orang mengorek mata Zinnirah sehingga buta. Walaupun darah
bercucuran daripada matanya dan dia diejek oleh orang kafir Quraisy yang percaya
dia dilaknat tuhan Latta dan Uzza, iman Zinnirah tidak luntur malah mampu
berkata,
“Sekalipun aku dibunuh,
kepercayaanku masih tetap pada Allah yang Esa. “Penderitaannya itu akhirnya
sampai ke pengetahuan Abu Bakar as-Siddiq yang membeli Zinnirah dengan harga
tinggi. Sejak itu, dia tekun beribadat dan dengan kurnia Allah, kedua-dua
matanya yang buta itu bercahaya semula. Peristiwa yang mengagumkan ini
menyebabkan ramai orang Quraisy memeluk Islam.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sudi bace, sudilah komen ye .. Syukran :)