Rabu, 12 Disember 2012

Ya Allah Ya tuhanku.. Hanya PadaMu...

Assalamualaikum w.b.t..... 

Hanya kepadaNya sahaja yang layak untuk kita panjatkan kalimah2 yang indah, 
doa yang tulus dan ikhlas, 
bisikan yang luhur, 
juga airmata yang menitis penuh keinsafan....

Hanya kepadaNya jua kedua telapak tangan ini dihulurkan setiap kali menjelang Subuh, 
iaitu tangan2 orang yang memerlukan pertolongan dan ihsanNya... 
"Ya Allah ya tuhanku.. lihatlah tatapan mata hambamu yang penuh harapan,
tatkala sebeban benak yang membelengu difikiran..
Hanya Pada Mu ku memohon petunjuk jalan.."

Firman Allah s.w.t didalam surah Ar-Rahman, ayat 29:
"Semua yang ada dilangit dan dibumi selalu memohon kepadaNya. 
Setiap waktu ia berada dalam aktivitiNya."

Apabila terasa keperitan, kesakitan dan tertimpa musibah... kita akan menyebut : "Ya Allah!"
Apabila kita tersesat di tempat yang asing bagi kita, dan buntu mencari jalan pulang.. 
kita akan menyebut : "Ya Allah!"
Apabila pelbagai usaha tidak mampu menyelesaikan,
Apabila setiap jalan terasa terhimpit dan tersepit,
kita akan menyeru : 

''Ya Allah!"
kerana hanya Allah S.w.t  satu-satunya tempat kita memohon pertolongan.
Allah itu kan Maha Mendengar :)
InsyaAllah..

Regards,
Dhiya Berry 










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sudi bace, sudilah komen ye .. Syukran :)