Ahad, 23 Disember 2012

Jom Masak! : Kuih Seri Muka :)

Assalamualaikum w.b.t
Haa petang ni D nak sharing is caring one more recipe yang senang jewp... 
Name diberi Kuih Seri Muka..
Mesti korang selalu makan kuih ni time2 bulan Pose an?
Pasni dah tayah g bazaar beli kuih ni.
dah boleh wat sendiri.. 
Boleh jugak berjimat an?
silap2 korang boleh meniaga kuih ni plak nanti kan.. hew3.
ok lah tamow membebel lame2..
Let's cook!!


First thing is.. Ingredients!

LAPISAN PERTAMA
500 gm beras pulut
400 ml santan cair
sedikit garam
sedikit minyak masak.

LAPISAN KEDUA
120 gm tepung gandum
3sm tepung jagung
140 gm gula pasir 
3 biji telur
450 ml santan pekat.
sedikit garam.
pandan paste 
(boleh juga kisar 10 helai daun pandan dgn air utk dapatkan pewarna dan perasa pandan)

cara-caranya ialah:
LAPISAN PERTAMA
1) Sediakan tempat kukus. Biarkan air mendidih.
2) Bersihkn beras pulut dan rendam selama 10 minit kemudian toskan.
3) masukkan semua bahan lapisan pertama kedalam loyang dan gaul sebati.
4) Kukuskan selama 20-30 minit.
5) Setelah pulut masak, ratakan permukaan pulut. Biarkan seketika.

LAPISAN KEDUA
1) Pukul gula dengan telur sehingga kembang.
2) Masukkan santan dan sedikit garam diikuti dengan pewarna pandan. Gaul/pukul sehingga sebati.
3) Ayakkan tepung gandum dan tepung jagung kedalam adunan tadi. Digaul hingga sebati. 
Pastikan tepung tidak berbiji.
4) Setelah adunan dipukul hingga sebati dan tiada biji2.. barulah ready untuk dikukuskan diatas air mendidih juga.
5) Ambil loyang yang berisi pulut yang telah diratakan tadi, kemudian tuang adunan lapisan kedua keatasnya secara perlahan.
6) Kukus selama 40 minit atau 1 jam. 
7) Setelah itu letak didalam peti sejuk. tapi bukan dibahagian sejuk beku ya! hehe 
8) Perhatian! kuih ini haruslah betul2 sejuk barulah senang dipotong dengan cantik :) 
Kalau ta cantik bukanlah namenye Seri Muka.. Ye dak? hehe.

okeyla SELAMAT MENCUBA!!! ^_^

Regards,
Dhiya Berry. 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sudi bace, sudilah komen ye .. Syukran :)