Isnin, 31 Disember 2012

Tahun Baru Datang lagi! (2013)

Assalamualaikum w.b.t.
Hari ini merupakan hari terakhir dalam tahun 2012 sebelum kite melangkah ke tahun baru.
2013!
Apa azam anda pada tahun 2013??
Apa hijrah anda pada tahun baru ni?
Haa... jangan seronok sangat g countdown sana sini tapi ta tahu erti tahun baru.
Apabila tibanya Tahun baru bererti :
Umur kita semakin meningkat,
cabaran dan dugaan hidup semakin bertambah.
Semoga kita menjadi insan "baru" yang lebih baik dan cemerlang dari tahun2 sebelumnya.
Jangan pula kita jadi lebih teruk dari yang sebelumnya.

Menjelang malam tahun baru,
anda pilih majlis doa selamat 
atau
duduk istirehat dirumah 
atau 
g konsert countdown?

Biasanya pada malam tahun baru, 
berlakunya banyak kemaksiatan.
Terutama dalam kalangan remaja.
Ramai gadis hilang kehormatan diri,
anak muda meneguk arak,
merempit sehingga tergadai nyawa.
nauzubillah..
Jadi, itukah erti tahun baru buat kita?
itukah cara kita menyambut kedatangan tahun baru?

Seharusnya kita berdoa semoga Allah s.w.t memberi kita kehidupan yang aman,
dimurahkan rezeki,
kesihatan dan kebahagiaan..
semakin bertambah tahun, seharusnya kita semakin mendekatkan diri kita dengan Allah s.w.t.
Kita sebagai orang Islam juga harus mengingati tentang Hari Kiamat.
apabila bertambah tahun, mungkinkah kita semakin dekat dengan kiamat itu??
Wallahualam... 
Renung2kanlah... Berdoalah agar kita dihidupkan dan dimatikan dalam iman,
bukan dalam kelalaian dan kejahilan.
Salam tahun baru,  semoga usia semakin mematangkan kita dalam menjalankan kewajipan kita sebagai hamba di bumi Allah ini...
Sekian.
~DhiyaBerry~


1 ulasan:

  1. Titanium Watch - TITanium Arts
    Titanium watches are titanium wood stove an titanium edc international trademark of Tiamania and are sold in India for only Rs 4,000 - Rs 11,000 each. The website titanium wallet offers a titanium trimmer great range of  Rating: 4.6 · ‎3 titanium trim reviews votes

    BalasPadam

Sudi bace, sudilah komen ye .. Syukran :)