"Demi masa,sesungguhnya manusia berada dalam kerugian.Kecuali orang-orang yang beriman & mengerjakan kebaikan sertasaling berpesan (menasihati)untuk kebenaran & saling menasihati dengan kesabaran." [Al-Asr (103): 1-3]
Ya!! Masa itu terlalu singkat.
Masa itu terlalu singkat untuk kita bazirkan.
Masa itu terlalu berharga untuk dibuang-buang.
Masa itu emas dan tidak layak untuk perkara yang sia-sia.
Masa itu terus berjalan tidak lambat sesaat tidak cepat sesaat.
Masa yang lalu terus berlalu tiada berpaling lagi.
Masa yang lampau terus tinggal menjadi kenangan dan juga pengajaran.
Masa hadapan jugalah yang kita cuba cerahkan. cuba jayakan.
Jadi, masa yang ada sekarang ini, mengapa kita tidak hargai?
Kerana masa dan saat sekarang ini tidak akan datang lagi buat kali kedua.
Kerana masa sekarang ini lah penentu masa depan.
Dan,
Masa itu terlalu pendek untuk kita sia-siakan dengan saling bermusuhan, dengki-mendengki, iri hati, hasad dan sebagainya.
Binalah sungai ukhuwah yang mengalir tenang, bukan bina gunung pemisah yang keras tak terhakis.
Maafkan saya, doakan saya, doakan kita.
Spread the love not hates.
Assalamualaikum wbt.
#dblove
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sudi bace, sudilah komen ye .. Syukran :)