Sebelum...
Minah A : Eh, ko nak dengau citer hot x pasal si %*~# tuh??
Minah B : eh haruslerrr nakk.. Ape die???
Maka bermulalah kisah epik zaman moden...
Ghibah atau mengumpat ialah perbuatan memperkatakan atau menyebut hal-hal yang dibenci atau menimbulkan kemarahan pihak lain. Samada ianya berkaitan kekurangan seseorang ataupun dari segi tingkahlaku dan perbuatan seseorang.
Ghibah ini sangat dikeji oleh syarak dan pelakunya dianggap seperti telah memakan daging mayat saudaranya sendiri...
Firman Allah S.w.t :
"Dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang dari kamu memakan daging saudaramu yang telah mati?? Maka, tentulah kamu akan berasa jijik kepadanya. Dan bertakwa lah kepada Allah S.w.t. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat dan Maha Penyayang."
Kita perlu menyedari bahawa jika kita memperkatakan keaiban orang lain walaupun ianya Benar, ianya TETAP tergolong dalam Ghibah yang diharamkan dan berdosa besar.
Lagi teruk jika.......
Perkara yang kita perkatakan tentang seseorang itu Tidak Benar, maka kita telah
melakukan satu gabungan dosa besar yang mantap! Iaitu FITNAH dan GHIBAH..
Perlulah kita mengetahui bahawa menjaga kehormatan saudara seagama mahupun saudara sedarah daging merupakan tanggungjawab yang telah diperintahkan oleh Rasulullah S.a.w....
Baginda bersabda :
"Setiap orang Islam ke atas orang Islam yang lain itu diharamkan darahnya (tidak boleh membunuhnya), haram pula hartanya (tidak boleh merampasnya) dan haram pula kehormatannya (tidak boleh mengumpatnya)."
Hadis riwayat Imam Muslim.
Bagi sahabat2 yang gemar melakukan Ghibah ini, suka mencari-cari cerita sensasi yang membuka aib seseorang,
Maka perlulah muhasabah diri terhadap perbuatan tersebut. Lihatlah keaiban atau kekurangan diri sendiri. Adakah kita mahu keaiban atau kekurangan diri kita diketahui orang lain?? Semestinya tidak.
Jadi jika kita tidak mahu aib kita dibuka, jangan lah kita bergembira dengan menceritakan keburukan dan keaiban seseorang itu...
"Sesunguhnya beruntunglah (thuubaa) mereka yang disibukkan oleh aibnya (sendiri) daripada membicarakan keaiban orang lain"
Hadis riwayat al-Bazzar.
Sekadar buat renungan dan muhasabah diri ini..
Buang yang keruh ambillah yang jernih..
Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Selepas:
Minah A : weh ko nak dengar tak citer terbaru si......errrh
Minah B : Ehh dahlah aku xnak makan daging mayat saudara aku sendiri...
Si Minah A yang kurang tahu ni pun menggaru kepala.
"Makan daging apa pulak minah ni cakap.. ?"
Jangan jadi blurr macam Minah A ye :)
Salam Ukhwah fillah,
Dhiya Berry
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sudi bace, sudilah komen ye .. Syukran :)