Dalam kehidupan ini,
Pelbagai cabaran dan ujian akan kita tempuhi untuk meningkatkan ketaqwaan dan keimanan kita kepadaNya...
Segala cabaran dan ujian diberi supaya kita berusaha menanam kesabaran dalam hati dan kecekalan untuk menghadapinya.
Jika kita lemah, mungkin kita akan merungut, menyalahkan takdir dan sebagainya.
Sedarlah bahawa Allah S.W.T sentiasa sayangkan hamba2 Nya.. Maka dengan ujian dan dugaan lah Allah S.W.T menguji tahap "kasih sayang"kita kepadaNya.
Kita juga perlu tahu Allah S.W.T memberi ujian berdasarkan kemampuan hambaNya. Takkan diberi ujian tersebut jika kita xmampu menghadapiNya. Allah
S.W.T itu maha mengetahui tentang apa yang ada dilangit dan dibumi, sudah tentu segala keupayaan kita diketahuiNya jua. Kerana Allah S.W.T yang menciptakan kita...
Oleh itu, jika kita dihujani pelbagai ujian dari Allah, bersyukur lah kerana sebenarnya Allah tidak lupakan kita..
Dan sedarlah juga setiap ujian yang datang pasti tersembunyi hikmah disebaliknya.. Wallahuallam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sudi bace, sudilah komen ye .. Syukran :)