Jumaat, 5 April 2013

Al~Qalb : Hati : Heart

Al-qalb merupakan perkataan Arab yang bermaksud Hati. Al-qalb terbahagi kepada 2 bahagian iaitu fizikal dan rohani. Secara fizikal ia merupakan seketul daging yang terletak dipinggir dada kiri iaitu daging khusus. Didalamnya ada lubang dan terdapat darah hitam. Dari segi rohaninya pula, ia merupakan satu gejala yang latifah, rabbaniah dan kerohanian yang menentukan hakikat kemanusiaan. Dalam erti kata lain, jasad manusia tunduk di bawah hati nuraninya sama seperti malaikat yang patuh kepada perintah allah S.w.t.... Didalam Al-Quran, kalimah Al-Qalb ini disebut tidak kurang daripada 12 bentuk yang didapati daripada 132 ayat.
Selain dari kalimah Al-Qalb, terdapat juga kalimah lain yang menjelaskan tentang makna hati. Contohnya : Al-Fuaad dan Al-Sadr.
Al-Qalb memainkan peranan yang amat besar dalam hati manusia.. Iaitu sebagai tempat pengisian keimanan dan ketaqwaan, tempat letaknya kekufuran dan disitu juga tempat terbinanya niat dan keikhlasan. Sesungguhnya Allah tidak akan menerima amalan manusia melainkan dengan niat yang baik dan ikhlas kepada-Nya.
Al-Qalb juga merupakan tonggak perlakuan manusia. Hal ini kerana, hati manusia merupakan raja bagi seluruh anggota badan dan merupakan sumber pergerakan dan tindakan. Yang penting kita kena sedar dan tahu bahawa musuh utama hati itu ialah Syaitan dan hawa nafsu. Apabila hati seseorang tergoda dengan hasutan Syaitan maka tertutuplah mata hatinya dengan bayangan nikmat hawa nafsu yang bersifat sementara itu.
Jadi, apabila hati kita baik, maka akan baiklah seluruh anggota badan kita, apabila hati kita rosak, maka akan rosaklah seluruh perlakuan anggota badan kita. Kerana hati merupakan kunci kepada kebahagiaan dan menjadi kunci kepada kemaksiatan... Kan orang-orang pernah kata..
''Pokok pangkalnye hatiii'' kan?
Renung-renungkannn..... :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sudi bace, sudilah komen ye .. Syukran :)