Ahad, 28 September 2014

Resepi : Sandwich Telur Special


Bahan-bahannya:

1) Roti Potong ( sukaty la nak jenama apa kak kiah oi)
2) Timun 2 biji. (Dibuang biji dan dipotong dadu) 
3) Telur 5 biji 
4) Mayonis (lady's choice) 
5) Bawang merah dicincang halus.
6) Cili Merah (dicincang halus) 
8) lada sulah.
7) sedikit marjerin. 


Cara membuatnya : 

1) Potong roti menjadi 2 bahagian. Terpulang samada nak buang kulit roti atau tidak. D buang! Hehe

2) Pecah kan telur dalam mangkuk berasingan.

3) Pukul telur sehingga kembang dan masukkan sedikit garam. 

4) kemudian masukkan Timun, bawang dan juga cili merah yang telah dicincang tadi. 

5) Tabur sedikit lada sulah.Gaul sebati.

6) Panaskan kuali, cairkan sedikit marjerin. Jika nak guna minyak biasa pun boleh. Bisa ajaaa.. 

7) Masukkan adunan telur dan bahan2 cincang tadi. goreng sehingga telur masak. Biarkan telur dikacau hancur. 

8) Setelah itu, padam api. Kemudian pindahkan telur ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama mayonis. 

9) Isi kan sandwich dengan inti telur yang digaul bersama mayonis tadi. 

10) Sedia dihidang untuk sarapan pagi dan juga minum petang. Nak bawak gi picnic pun boleh tau! 

Selamat mencuba! 

Jumaat, 18 Julai 2014

Manusia Bertopeng


Hidup ini,
kau tahukan ibarat roda.
Bulat, kalau kau tak berhati-hati kau tergelincir, 
Hari ini aku jatuh, 
kau tolong tapi kau bertopeng.
Hari ini aku susah, 
Aku tak boleh bersuara. 
Kena ikut jalan kau, 
Hari ini aku tak punya apa-apa.
Kalau kau rasa kau ada segalanya.
Kau betul.
Tapi kalau kau rasa ianya kekal selamanya.
Kau salah.
Berkali aku katakan,
Dunia ini bulat kawan.
Mungkin esok lusa,
Kau pulak di tempat aku. 
Tapi,
Aku tak lupa jasa kau.
Aku boleh tolong.
Tapi,
Bukan macam kau.
Aku tak bertopeng. 

Regards,
~db~



Ahad, 16 Mac 2014

Demi Masa


"Demi masa,sesungguhnya manusia berada dalam kerugian.Kecuali orang-orang yang beriman & mengerjakan kebaikan sertasaling berpesan (menasihati)untuk kebenaran & saling menasihati dengan kesabaran." [Al-Asr (103): 1-3]



Ya!! Masa itu terlalu singkat.
Masa itu terlalu singkat untuk kita bazirkan.
Masa itu terlalu berharga untuk dibuang-buang.
Masa itu emas dan tidak layak untuk perkara yang sia-sia. 
Masa itu terus berjalan tidak lambat sesaat tidak cepat sesaat. 
Masa yang lalu terus berlalu tiada berpaling lagi. 
Masa yang lampau terus tinggal menjadi kenangan dan juga pengajaran.
Masa hadapan jugalah yang kita cuba cerahkan. cuba jayakan. 
Jadi,  masa yang ada sekarang ini, mengapa kita tidak hargai? 
Kerana masa dan saat sekarang ini tidak akan datang lagi buat kali kedua. 
Kerana masa sekarang ini lah penentu masa depan. 
Dan,

Masa itu terlalu pendek untuk kita sia-siakan dengan saling bermusuhan, dengki-mendengki, iri hati, hasad dan sebagainya. 
Binalah sungai ukhuwah yang mengalir tenang, bukan bina gunung pemisah yang keras tak terhakis. 

Maafkan saya, doakan saya, doakan kita. 

Spread the love not hates. 

Assalamualaikum wbt.


#dblove

Ahad, 2 Jun 2013

"Ghibah" (mengumpat) harus dijauhi!

Sebelum...

Minah A : Eh, ko nak dengau citer hot x pasal si %*~# tuh??

Minah B : eh haruslerrr nakk.. Ape die???

Maka bermulalah kisah epik zaman moden...



Ghibah atau mengumpat ialah perbuatan memperkatakan atau menyebut hal-hal yang dibenci atau menimbulkan kemarahan pihak lain. Samada ianya berkaitan kekurangan seseorang ataupun dari segi tingkahlaku dan perbuatan seseorang.
Ghibah ini sangat dikeji oleh syarak dan pelakunya dianggap seperti telah memakan daging mayat saudaranya sendiri...

Firman Allah S.w.t :
"Dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang dari kamu memakan daging saudaramu yang telah mati?? Maka, tentulah kamu akan berasa jijik kepadanya. Dan bertakwa lah kepada Allah S.w.t. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat dan Maha Penyayang."

Kita perlu menyedari bahawa jika kita memperkatakan keaiban orang lain walaupun ianya Benar, ianya TETAP tergolong dalam Ghibah yang diharamkan dan berdosa besar.

Lagi teruk jika.......

Perkara yang kita perkatakan tentang seseorang itu Tidak Benar, maka kita telah
melakukan satu gabungan dosa besar yang mantap! Iaitu FITNAH dan GHIBAH..

Perlulah kita mengetahui bahawa menjaga kehormatan saudara seagama mahupun saudara sedarah daging merupakan tanggungjawab yang telah diperintahkan oleh Rasulullah S.a.w....
Baginda bersabda :
"Setiap orang Islam ke atas orang Islam yang lain itu diharamkan darahnya (tidak boleh membunuhnya), haram pula hartanya (tidak boleh merampasnya) dan haram pula kehormatannya (tidak boleh mengumpatnya)."
Hadis riwayat Imam Muslim.

Bagi sahabat2 yang gemar melakukan Ghibah ini, suka mencari-cari cerita sensasi yang membuka aib seseorang,
Maka perlulah muhasabah diri terhadap perbuatan tersebut. Lihatlah keaiban atau kekurangan diri sendiri. Adakah kita mahu keaiban atau kekurangan diri kita diketahui orang lain?? Semestinya tidak.
Jadi jika kita tidak mahu aib kita dibuka, jangan lah kita bergembira dengan menceritakan keburukan dan keaiban seseorang itu...

"Sesunguhnya beruntunglah (thuubaa) mereka yang disibukkan oleh aibnya (sendiri) daripada membicarakan keaiban orang lain"
Hadis riwayat al-Bazzar.

Sekadar buat renungan dan muhasabah diri ini..
Buang yang keruh ambillah yang jernih..
Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Selepas:

Minah A : weh ko nak dengar tak citer terbaru si......errrh

Minah B : Ehh dahlah aku xnak makan daging mayat saudara aku sendiri...

Si Minah A yang kurang tahu ni pun menggaru kepala.
"Makan daging apa pulak minah ni cakap.. ?"

Jangan jadi blurr macam Minah A ye :)

Salam Ukhwah fillah,
Dhiya Berry

Sabtu, 1 Jun 2013

Setiap ujian ada hikmahNya.

Dalam kehidupan ini,
Pelbagai cabaran dan ujian akan kita tempuhi untuk meningkatkan ketaqwaan dan keimanan kita kepadaNya...
Segala cabaran dan ujian diberi supaya kita berusaha menanam kesabaran dalam hati dan kecekalan untuk menghadapinya.
Jika kita lemah, mungkin kita akan merungut, menyalahkan takdir dan sebagainya.
Sedarlah bahawa Allah S.W.T sentiasa sayangkan hamba2 Nya.. Maka dengan ujian dan dugaan lah Allah S.W.T menguji tahap "kasih sayang"kita kepadaNya.
Kita juga perlu tahu Allah S.W.T memberi ujian berdasarkan kemampuan hambaNya. Takkan diberi ujian tersebut jika kita xmampu menghadapiNya. Allah
S.W.T itu maha mengetahui tentang apa yang ada dilangit dan dibumi, sudah tentu segala keupayaan kita diketahuiNya jua. Kerana Allah S.W.T yang menciptakan kita...
Oleh itu, jika kita dihujani pelbagai ujian dari Allah, bersyukur lah kerana sebenarnya Allah tidak lupakan kita..
Dan sedarlah juga setiap ujian yang datang pasti tersembunyi hikmah disebaliknya.. Wallahuallam..

Jumaat, 5 April 2013

Al~Qalb : Hati : Heart

Al-qalb merupakan perkataan Arab yang bermaksud Hati. Al-qalb terbahagi kepada 2 bahagian iaitu fizikal dan rohani. Secara fizikal ia merupakan seketul daging yang terletak dipinggir dada kiri iaitu daging khusus. Didalamnya ada lubang dan terdapat darah hitam. Dari segi rohaninya pula, ia merupakan satu gejala yang latifah, rabbaniah dan kerohanian yang menentukan hakikat kemanusiaan. Dalam erti kata lain, jasad manusia tunduk di bawah hati nuraninya sama seperti malaikat yang patuh kepada perintah allah S.w.t.... Didalam Al-Quran, kalimah Al-Qalb ini disebut tidak kurang daripada 12 bentuk yang didapati daripada 132 ayat.
Selain dari kalimah Al-Qalb, terdapat juga kalimah lain yang menjelaskan tentang makna hati. Contohnya : Al-Fuaad dan Al-Sadr.
Al-Qalb memainkan peranan yang amat besar dalam hati manusia.. Iaitu sebagai tempat pengisian keimanan dan ketaqwaan, tempat letaknya kekufuran dan disitu juga tempat terbinanya niat dan keikhlasan. Sesungguhnya Allah tidak akan menerima amalan manusia melainkan dengan niat yang baik dan ikhlas kepada-Nya.
Al-Qalb juga merupakan tonggak perlakuan manusia. Hal ini kerana, hati manusia merupakan raja bagi seluruh anggota badan dan merupakan sumber pergerakan dan tindakan. Yang penting kita kena sedar dan tahu bahawa musuh utama hati itu ialah Syaitan dan hawa nafsu. Apabila hati seseorang tergoda dengan hasutan Syaitan maka tertutuplah mata hatinya dengan bayangan nikmat hawa nafsu yang bersifat sementara itu.
Jadi, apabila hati kita baik, maka akan baiklah seluruh anggota badan kita, apabila hati kita rosak, maka akan rosaklah seluruh perlakuan anggota badan kita. Kerana hati merupakan kunci kepada kebahagiaan dan menjadi kunci kepada kemaksiatan... Kan orang-orang pernah kata..
''Pokok pangkalnye hatiii'' kan?
Renung-renungkannn..... :)

Selasa, 26 Februari 2013

My Pandan Cake! Nyummy!!

Hye Assalamualaikum w.b.t................!!!!!! 

Now time to shared recipe lagi... suke tak, suke takk.. 

Okay... recipe ni name die "Pandan Cherry Cake" 
Tapi ikut suke korang nak letak name ape.. :)

Macam biaselah mule2 sediakan bahan2nye.. 


Bahan2 >>>>>                
6 biji TELUR (asing putih dan kuning)
1/2 cawan teh GULA HALUS
1 cawan PATI SANTAN
1 cawan PATI PANDAN
sehelai DAUN PANDAN (disimpul)
 4 cawan TEPUNG GANDUM
2 sudu kecil BAKING POWDER
1 sudu kecil SODA BIKARBONAT





<<<<<< Cara2 >>>>>>           
 1) Pukul Putih telur bersama gula halus sehingga kembang.
2) masukkan kuning telur, dan pukul lagi...... 
3) Masukkan santan dan pati pandan......Gaul sehingga sebati.
4) Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan2 hingga sebati.

setelah itu.... 

5) Masukkan didalam loyang yang sesuai serta dilapik dengan kertas minyak..
6) Sediakan tempat kukusan.. 
7) Masukkan daun pandan kedalam air kukusan untuk aroma pandan pada kek ye.. :)
8) Setelah air kukusan mendidih, masukkan loyang yang berisi adunan tadi.
9) Kukus kek menggunakan api yang sederhana selama 45 minit.
SEHINGGA MASAK.
nak pastikan kek anda betul2 masak.. cer try cucuk pakai fork.. 
Kalau xde tepung melekat pada fork.. maksudnye.. kek anda dah masak!
Yeaaaayyy...

okay kalau kek dah masak,
jadi time untuk menghias!
i loike.... <3

<<<<< Topping >>>>>

Bahan2

1 cawan Susu Pekat Manis
2 sudu kecil Gula Halus
1 sudu Marjerin
sedikit pati pandan..
Buah Cherry/ apa2 yang anda suka. 

Cara2

Campurkan susu pekat manis, gula halus, marjerin dan pati pandan.
gaul sebati.
Masakkan didalam air kukusan dengan teknik 2 boiler.
kacau topping sehingga cair sedikit dan kelihatan berkilat.
setelah itu, 
tuangkan topping diatas kek tadi.
Pastikan ianya rata dipermukaan kek..
Hiaskan kek anda mengikut kreativiti anda. 
Done!
^_^

Ni versi Dhiya Berry Punyee.... Anda punye Macamane?? hihi


Selamat mencuba!
 ~Assalamualaikum~